Peraturan Kelayakan

Buku-buku yang hendak dicalonkan hendaklah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  1. Diterbit dan dicetak di Malaysia oleh penerbit dan pencetak tempatan.
  2. Mempunyai International Standard Book Number (ISBN) atau International Standard Serial Number (ISSN).
  3. Buku hendaklah diserahkan kepada Perpustakaan Negara Malaysia mengikut Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331).
  4. Karya asal dan ditulis dalam bahasa Melayu untuk anugerah 1 hingga 11, bahasa Inggeris untuk anugerah 12, bahasa Cina untuk anugerah 13 dan bahasa Tamil untuk anugerah 14.
  5. Buku yang diterbitkan sehingga 31 Disember 2019.

 

Penerbit yang hendak mencalonkan buku terbitannya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  1. Penerbit buku ialah satu entiti yang sah didaftarkan mengikut undang-undang yang berkenaan di Malaysia sebelum tarikh penerbitan buku yang ingin dicalonkan dalam Anugerah Buku Malaysia Ke-2.
  2. Mencalonkan maksima tiga buku bagi setiap kategori anugerah.

 

Proses Penyertaan Anugerah

  1. Salinan digital buku perlu dimuat naik ke laman web E-Sentral pada atau sebelum 31 Disember pada tahun anugerah yang berkenaan (Sila rujuk panduan muat naik salinan digital buku daripada E-Sentral).
  2. Yuran penyertaan sebanyak RM100 untuk satu judul buku bagi ahli MABOPA. Yuran penyertaan sebanyak RM150 untuk satu judul buku bagi bukan ahli MABOPA.
  3. Bagi Anugerah Kulit Buku Terbaik, penerbit hendaklah memuat naik salinan digital kulit buku dengan resolusi tinggi (1MB /300 DPI).
  4. 5 finalis bagi setiap kategori yang dipilih perlu menghadiri Anugerah Buku Malaysia Ke-2.
  5. Buku-buku yang diserahkan untuk Anugerah Buku Malaysia Ke-2 perlu mempunyai sebuah buku cetak (salinan keras). Sekiranya tiada, judul berkenaan hilang kelayakan daripada anugerah tersebut.